|
|
| Thursday, 22-Dec-2011 06:21 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Untuk Apakah Anda Membayar Jurugambar Anda
|
|
Untuk Apakah Anda Membayar Jurugambar Anda ( MESTI BACA )
-Seperti yang tersiar di dalam majalah Pesona Pengantin
-Oleh: Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.
Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:
1) Kos Peralatan Kamera
Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 10,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.
2) Kemahiran Jurugambar
Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.
3) Masa Perkhidmatan
Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.
4) Perkhidmatan Selepas Rakaman
Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.
5) Kos material
Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan.
Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.
HASNUDDIN ABU SAMAH
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 30-Dec-2009 14:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
PAKEJ FOTOGRAFI
|
|
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 25-Nov-2009 18:10 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Adil & Ayu da' Custom
|
|
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 25-Nov-2009 17:40 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Perkahwinan Adil & Ayu
|
|
|
|
|
|
|
|
| Monday, 23-Nov-2009 10:21 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tips : Perlukah Wedding Photographer??
|
|
Suber dari http://blog.faisalrahim.com
* Member gua time belajar kat UTM Skudai dulu....
Masa aku hadiri satu majlis kahwin sahabat aku baru-baru ini aku duduk semeja ngan seorang yang boleh aku gelarkan abang. Dalam borak2 tu dia ada sentuh pasal photografi kahwin dia bising katanya adiknya amik pakej kahwin sampai beribu2, membazir katanya!! Dia cakap sepatutnya RM500 je dah cukup, duit lebih boleh buat benda lain. Aku senyum je. Aku tak bagitau akupun wedding photographer,hehe.
Kali ni aku nak kongsi sebab kenapa perlu hire photographer yang baik dalam sesebuah majlis perkahwinan. Aku taknak berdebat ngan dia masa tu takut dia tumbuk aku plak, dahla badan dia besar gila,haha.
1.Kalau tengok budget untuk kahwin secara kasar; catering RM20,000 , baju kahwin+mak andam+pelamin RM2,000 - RM5,000, brg hantaran RM3,000, goodies RM2,000 dll. Semua benda tu kalau korang perasan takde satupun yang kekal sampai seminggupun. Hanya gambar/video kahwinlah satu-satunya memori yang boleh ditatap sampai berpuluh tahun. Tetapi investment untuk itu selalu berada dalam list2 akhir dan dipandang remeh kebanyakkan pasangan.
2.Aku pernah jumpa orang yang beli kek kahwin sampai harga RM500 bertingkat2, sewa gaun cantik gila dengan harga beribu2. Tapi bila tanya dia, photographer rasmi(OP) majlis tu pakcik dia yang sponsor. Dia tak bayar satu senpun sambil tersenyum bangga. Sekali tengok hasil sangat menyedihkan sampai diapun menangis depan OP tu. Pastu dia tak pernah tunjuk album tu kat sesapa lagi. Salah siapa?
3.Perkahwinan ni banyak moment2 yang ceria. Sesuatu yang sangat indah untuk dikenang pada masa hadapan. Kalau pilih photographer yang baik, biasanya detik2 penting seperti itu dapat dirakam dengan baik. Hasil kerja dan bayaran setiap phographer ni berbeza mengikut kemahiran mereka. Sebab tu ada orang2 kaya sanggup bayar sampai puluhan ribu untuk servis photography hanya untuk dapatkan gambar yang berkualiti. Kenapa dia tak hire orang yang tawarkan pakej RM500 je. Kan lebih murah dan menjimatkan?
4.20 tahun lepas; pakej mak andam+pelamin cuma RM300 sekarang dah cecah RM2,000. belanja kahwin dulu RM500 sekarang dan lebih RM8,000, harga emas dulu RM20-RM30 je sekarang dah RM120 satu gram, 50 gram?. Untuk khidmat jurugambar plak dulu RM300, tupun jurugambar cina yang datang rumah bawak lampu besar gedabak dan amik gambar atas pelamin je. Sekarang dengan macam2 event (nikah+berinai+bersanding) sampai 2-3 hari siap outdoor lagi takkan cuma budget RM500 je?? Makin teruk dari zaman dulu nampaknya,huhu.
Kesimpulannya, bagi aku gambar kahwin ni juga adalah satu pelaburan. Baju pengantin yang lawa, makeup yang cantik serta persiapan majlis yang gempak pun tak memadai kalau takde siapa yang merakamkan detik2 penting tu. Sebab makin lama kenangan tu akan pudar ditelan masa.
Pernah bayangkan tak satu hari nanti, bila dah tua duduk kat kerusi malas. Anak-anak semua dah besar dan tinggal berdua ngan isteri, antara perkara berharga yang boleh dikenang bersama ialah mengimbas kenangan masa kahwin dulu sambil melihat album kahwin bersama-sama.
Masih boleh tergelak dengan peristiwa berpuluh2 tahun dulu ketika muda remaja. Ketika kulit masih licin, gigi masih ada, badan masih kuat dan masih kurus,hehe. Anak2 dan cucupun boleh mengusik kita dari gambar2 tu. Benda camtu adalah ‘precious moment’ yang takkan dapat diulang semula. Benda tu hanya boleh diperolehi dengan pelaburan sekali je seumur hidup yang masih ramai tak ambil peduli
Nota kaki : Nanti aku akan tulis tips cara terbaik pilih photographer kahwin plak stay tune!!
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com
* Faisal a.k.a Acai ni memang berseni orangnya.. peramah, baik budi bicara, sgt bijak, rajin, suka membantu.. etc... Gua mmg tabik ngan beliau dari dulu lagi... sampai sekarang gua menghormati beliau... beliau juga salah seorang guru gua masa gua memula mengenali dunia fotografi ni... All the best bro....
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 11-Nov-2009 17:10 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jalan-jalan tengok lotong... { Bukit melawati, Kuala Selangor }
|
|
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 11-Nov-2009 17:08 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Musim menuai kembali....
|
|
|
|
|
|
|
|
| Monday, 9-Nov-2009 14:42 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Custom Album Da' Trial
|
|
|
|
|
|
|
|
| Friday, 6-Nov-2009 01:04 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Najib & Nora - Malam Berinai
|
|
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 3-Nov-2009 10:26 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Pertunangan Ana & Anam
|
|

|
|
|
|
|